Saturday 27 April 2013

Mesin Sulaman - Jenis Mesin Sulaman Yang Terbaik



Terdapat beberapa jenis mesin sulaman yang boleh digunakan untuk menyulam kerawang. Jadi, video di atas akan membincangkan tentang jenis mesin sulaman yang terbaik untuk menyulam.



Mesin Sulaman - Jenis Mesin Sulaman Yang Terbaik

Wednesday 3 April 2013

Video Tutorial Sulaman: RiCOMA 15 Needles All-In-One Embroidery Machine with Touch Screen & Digitizing Software




Video Tutorial Sulaman: RiCOMA 15 Needles All-In-One Embroidery Machine with Touch Screen & Digitizing Software

Test Post from Sulaman Kerawang - Kelas Kerawang Online

Test Post from Sulaman Kerawang - Kelas Kerawang Online http://maribelajarsulamankerawang.com

Video Tutorial Sulaman: Sewing Machine Maintenance 1




Video Tutorial Sulaman: Sewing Machine Maintenance 1

Sulaman Kerawang Dengan Teknik Buih : Cara dan Kaedahnya

Lenggok dalam menghasilkan sulaman kerawang perlulah tersusun rapi dan kemas pembuatannya. Contohnya, dalam anda menghasilkan kerawang berbentuk buih , apa yang pentingnya adalah buih yang dihasilkan perlulah sama besar saiznya dan tersusun secara bertingkat-tingkat.


Teknik Layangan Perlu Betul dan Teratur Ketika Menghasilkan Sulaman Kerawang.


Bukan itu sahaja, teknik layangannya perlulah betul dan teratur antara satu sama lain. Ini dapat menghasilkan bentuk kerawang dalam teknik buih yang kemas dan cantik. Jika tidak, pastinya sulaman kerawang yang menggunakan teknik buih ini tidak berkualiti serta mengembang. Justeru, ada yang bertanya kepada saya bagaimana untuk mereka menghasilkan sulaman kerawang yang kemas dan cantik?


Jawapan yang mudah saya berikan adalah dengan menghasilkannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Ini kerana seni kerajinan tangan sulaman kerawang ini amat menitik beratkan pengalaman seseorang dalam menghasilkan setiap rekaan kerawangnya. Sebagai contoh, berbalik semula kepada kerawang buih , layangan yang dibuat perlulah nipis dan tersusun.


Menghasilkan Sulaman Kerawang Yang Nipis.


Bagaimanakah untuk menghasilkan kerawang yang nipis sebegitu? Maka anda perlulah layangkan kerawang tersebut secara perlahan-lahan tanpa berhenti. Jika anda lakukan secara terhenti-henti pastinya teknik layangan yang dihasilkan itu mudah rosak dan terbuka.

Kesannya, sulaman kerawang anda pastinya Nampak berketul-ketul ekoran benang sulam sentiasa terputus-putus.


Setiap Pergerakan Mengayak Sulaman Kerawang Perlu Lembut.


Oleh itu, dalam menghasilkan teknik buih yang betul, tolakan layangan perlu lembut agar menghasilkan kerawang yang nipis. Selain itu, ia dihasilkan secara berlapis iaitu layangan lembut dibuat sebanyak 2 kali dan dalam waktu yang sama menjadikan kerawang buih itu lebih kukuh. Sebab itulah, kuncinya saya tekankan adalah pergerakan yang lembut perlu dibuat untuk menghasilkan sulaman kerawang yang halus dan cantik. Tanpanya, sulaman kerawang yang dihasilkan pastinya tidak berkualiti.


Selamat Mencuba Kaedah Menyulam Kerawang Teknik Buih dan Jumpa Lagi!


Ikhlas,


Syahida Ramli,


Pengasas, Online Courses Sulaman Kerawang dan Butik Sulaman Sri Classic Collection


Bengkel Sulaman Kerawang Online


Jom belajar dan kuasai sulaman kerawang secara mudah bersama kami.



Sulaman Kerawang Dengan Teknik Buih : Cara dan Kaedahnya