Tuesday 7 May 2013

Video Tutorial Sulaman: Learn Machine Embroidery on ALL Sewing Machines, Even a Treadle! Part 1




Video Tutorial Sulaman: Learn Machine Embroidery on ALL Sewing Machines, Even a Treadle! Part 1

Cara Kemaskan Fabrik Lace Dalam Jahitan Sulaman Mesin

Ada yang bertanya saya bagaimana untuk menjahit lace pada busana? Saya tersenyum sambil teringat busana- busana pengantin moden menggunakan kaedah penampalan lace. Cuma, bagaimana kita hendak gayakan supaya nampak menarik itulah persoalannya?



Memilih Jenis Lace Yang Terbaik Sebelum Menulakan Jahitan Sulaman Mesin


Sebenarnya ia mudah dijahit tetapi perlulah tahu terlebih dahulu memilih jenis fabrik lace. Ini kerana ada lace yang dihasilkan daripada fabrik organza dan funji yang mudah dikendalikan. Cuma jika lace itu dihasilkan pada fabrik net ia perlu dilakukan dengan terliti.


Jika tidak, pastinya lace yang dijahit tadi akan mudah rosak dan apabila dikenakan pada fabrik ia akan berkedut dan menggerutu.


2 Cara Menjahit Sulaman Lace Menggunakan Tangan Atau Mesin


Terdapat 2 cara sama ada anda ingin menggunakan tangan ataupun menggunakan mesin sulam. Namun, kedua-duanya sama cantik jika dilakukan dengan betul. Malah, segalanya akan mudah jika teknik penghasilannya betul.


Jika anda menggunakan tangan, anda hanya menjahitnya menggunakan teknik insang pari pada keliling lace tersebut. Tapi, pastikan lace tersebut dipotong dan dibakar dengan cermat terlebih dahulu. Jika tidak ia pasti akan berbulu. Jahitan insang pari itu amat cantik jika dihasilkan secara memanjang dan halus.


Selain itu, jika anda menggunakan mesin sulam ia tiada masalah kerana tidak perlu dibakar hanya perlu mengguntingnya dengan cermat sahaja. Jadi, terpulanglah kepada anda untuk menghasilkan bingkai yang nipis atau tebal mengikut selera anda dan pelanggan.


Namun, jahitan jelujur kasar perlu bagi kedua-dua kaedah di atas supaya hasil yang anda inginkan tidak beralih tempat jika anda tidak tetapkan dengan jelujur kasar itu. Barulah lace anda akan nampak cantik. Jika tidak ia tidak tahan lama dan akan mudah tercabut dan berbulu.


Ikhlas,


Syahida Bte Ramli,


Pengasas Butik dan Akademi Sri Classic.



Cara Kemaskan Fabrik Lace Dalam Jahitan Sulaman Mesin